Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif naik taraf (upgrade) sistem LAM.
Mulai 5 Ogos 2024, semua pengguna Laporan Aktiviti Mingguan (LAM) Kokurikulum boleh menyemak jumlah pengisian LAM dan muat turun PDF berkaitan.
Rekavasi hanya merekodkan pengisian LAM untuk tahun semasa (baca: 1 tahun) sahaja.
Rekavasi tidak merekodkan pautan untuk LAM dalam format docx. Hanya dalam bentuk PDF sahaja. Seandainya mahukan simpanan dalam bentuk docx, terus muat turun selepas sistem LAM jana laporan sejurus selepas pengisian selesai.
Gunakan penapis sesi, perjumpaan, tarikh dan unit masing-masing untuk mudahkan carian dan rujukan.
Sila rujuk kumpulan pengurusan atau penyelarasan kokurikulum untuk aliran kerja yang lengkap. Upgrade ini hanya memudahkan aspek teknikal sahaja.