Pada tahun 2022, ULIC (salah sebuah aplikasi web terbitan Rekavasi STAMAS2) telah meraih Naib Johan Anugerah Pengurusan Sahsiah & Disiplin, Sekolah Menengah Negeri Johor. ULIC ini merupakan kependekan untuk ‘You Lewat, I catat’.
Menurut pengasas atau founder Rekavasi STAMAS2, misi Rekavasi ialah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengurusan sekolah.
Tambah beliau lagi, semua produk inovasi yang wujud sekarang merupakan hasil pengalaman bekerja dan renungan profesional di tiga buah sekolah iaitu SMK Kota Masai (2012-2016), SMK Taman Scientex (2016-2018) dan tentunya SMK Kota Masai 2 (2018-sekarang).
Beliau berharap semua produk yang dihasilkan bantu memudahkan pengurusan rakan-rakan guru di sekolah sendiri.
Selain itu, beliau juga berharap agar semua usaha ini diterima Tuhan sebagai sebahagian daripada amalan yang baik dan bermanfaat.
Kini, ULIC dan banyak lagi aplikasi web yang lain terus melalui proses penambahbaikan dan penjenamaan semula dari masa ke masa.
